SEPASANG suami isteri sanggup menjual bayi mereka demi mendapatkan wang untuk kembali bekerja di Malaysia.Insiden tersebut melibatkan pasangan dari Medan, Indonesia. Ketua Polis Medan, Pesuruhjaya Kanan Calvijn Simanjuntak berkata, pasangan berusia 33 dan 37 tahun itu merancang penjualan bayi mereka sejak si isteri hamil.Malah katanya, dua hari selepas dilahirkan, pasangan terbabit telah menerima bayaran IDR 9 juta (kira-kira RM2,160).Tambah Calvijin, bayi itu kemudiannya cuba dijual semula oleh beberapa individu termasuk bidan kepada seorang wanita berusia 49 tahun dengan harga mencecah IDR 19 juta (kira-kira RM4,566).Namun katanya, cubaan tersebut gagal selepas polis menahan wanita berkenaan di sebuah hotel pada 13 Disember 2025.Siasatan lanjut membawa kepada pembongkaran sindiket pemerdagangan bayi di Medan, dengan sembilan suspek termasuk pasangan suami isteri terbabit, bidan dan orang tengah berjaya ditahan pada 16 Disember."Bayi itu berpindah tangan daripada pasangan terbabit kepada beberapa individu sebelum cubaan diserahkan kepada pembeli," katanya dalam sidang media pada Khamis.Kesemua suspek kini ditahan di Unit Siasatan Jenayah Polis Medan untuk siasatan dan tindakan undang-undang lanjut. -Agensi