suria

Perbuatan bapa jadikan dua anak perempuan ‘hamba’ nafsu terbongkar... Kakak umur 18 tahun tulis email mengadu kepada polis

Seorang bapa tidak sepatutnya menjadikan anak perempuan sebagai 'objek' pemuas nafsu. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 45 tahun ditahan pada Khamis atas dakwaan merogol dua anak perempuannya.

Menurut polis di Nagori Gate, Jodhpur, India, pihaknya menerima email aduan daripada anak sulung mangsa pada 13 Januari lalu.

Susulan itu polis segera menghubungi remaja berusia 18 tahun berkenaan pada hari yang sama untuk mendapatkan aduan bertulis.

Dalam aduannya, remaja itu mendakwa dirogol berkali-kali oleh bapanya sejak dia berusia enam tahun.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa adiknya yang berusia 15 tahun turut menjadi mangsa nafsu serakah bapanya.

Ketua Balai Polis Nagori Gate, Dinesh Kumar, berkata isteri suspek sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Suspek bukan sahaja didakwa mendera anak-anaknya secara seksual, malah turut mengugut mereka. 

"Dia mengancam untuk membunuh mangsa jika perkara itu diketahui isterinya atau mana-mana ahli keluarga lain," kata Kumar.

Kes itu didaftarkan di bawah seksyen 65(2) (rogol) Bharatiya Nyaya Samhita (BNS) dan seksyen berkaitan Akta Perlindungan kanak-kanak daripada kesalahan seksual (Pocso) di balai polis Nagori Gate. -Agensi

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan