suria

Mula-mula rasa berat atas perut, kemudian ada pergerakan aneh bawah selimut... Wanita terkejut ular sawa ‘teman’ tidur!

Ular sawa itu berjaya diusir melalui tingkap. -Foto Rachel Bloor

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila mendapati seekor ular sawa melingkar di atas badannya ketika sedang tidur pada Isnin malam.

Rachel Bloor yang menetap di Brisbane, Australia, pada mulanya menyangka anjing peliharaannya sedang meniarap di atas badan.

Namun, dia mula cemas apabila menyedari ada pergerakan aneh di bawah selimut.

Bloor segera mengejutkan suaminya dan menyuruhnya menyalakan lampu. 

Menyedari kehadiran reptilia itu, suaminya segera mengeluarkan kedua-dua anjing dari bilik tidur mereka.

Bloor pula perlahan-lahan merangkak untuk menyelamatkan diri.

Setelah turun dari katil, Bloor mengeluarkan ular itu sendiri melalui tingkap dengan berhati-hati. - Agensi

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan