suria

Rumah Dipecah Masuk, Karam Singh Hilang Volkswagen Passat Dan Set TV

PETALING JAYA: Rumah wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia di Taman Sri Andalas di Klang, dekat sini, dipecah masuk petang Khamis.

Difahamkan, isterinya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui SMS yang dihantar secara automatik dari sistem penggera rumah.

Apabila dia pulang sekitar pukul 4 petang, dia mendapati mangga di pintu bahagian depan telah dipecahkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat, mengesahkan kejadian itu dan berkata kereta Volkswagen Passat milik Karam dan set televisyen telah dicuri.

"Kerugian dianggarkan RM130,000," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Kamarul berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 379A untuk kecurian kenderaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain