suria

Adenan Jumpa Media Jumaat

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan sidang media pada Jumaat selepas dinamakan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima Rabu lalu.

Sidang media itu akan diadakan di pejabatnya di Yayasan Sarawak, Jalan Tengah, di sini pada pukul 4 petang Jumaat, menurut kenyataan Jabatan Penerangan Negeri.

Menariknya dalam hebahan jabatan itu, turut dinyatakan: 'Media boleh tanya apa sahaja, kata beliau (Adenan).'

Pada Khamis malam, Adenan, iaitu Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas), menjadi tumpuan ramai ketika menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia bersama anggota-anggota parti komponen BN Sarawak.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, merangkap Pengerusi BN Sarawak.

Mereka yang hadir tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama Adenan, selain ucapan tahniah tidak putus-putus diucapkan kepada beliau.

Selepas jamuan makan malam, semua yang hadir kemudiannya menghadiri majlis dialog yang diadakan secara tertutup. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain