Amaran Keras Tipu Pelepasan Cukai - Semasa | mStar

Amaran Keras Tipu Pelepasan Cukai

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran keras terhadap pembayar cukai yang cuba menuntut pelepasan cukai lebih daripada yang sepatutnya apabila memilih untuk melakukan Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebagai pelan cukai akhir.

Pegawai Perhubungan LHDN, Masrun Maslim berkata, mereka yang cuba menipu di dalam borang TP1 untuk menuntut pelepasan cukai yang lebih akan dikenakan denda dalam jumlah besar.

"Mereka yang dengan sengaja tidak memasukkan maklumat atau mengecilkan jumlah cukai boleh dikenakan denda antara RM1,000 dan RM10,000 serta 200 peratus harga cukai yang dikurangkan.

"Sebagai contoh, jika cukai yang dikira adalah RM5,000 tetapi jumlah yang perlu dibayar ialah RM6,000 iaitu kurang sebanyak RM1,000...maka jumlah yang kurang itu akan didarab dengan 200 peratus," katanya.

Pembayar cukai individu yang memilih untuk menggunakan sistem PCB sebagai cukai terakhir taksiran bagi 2014 dikehendaki mengemukakan borang potongan rebat kepada majikan mereka supaya potongan cukai bulanan mereka boleh diselaraskan dengan kadar bersesuaian.

Antara rebat yang boleh dituntut ialah seperti pembelian komputer, buku, barangan sukan dan kos rawatan perubatan untuk ibu bapa.

Pada Selasa The Star melaporkan bahawa mereka yang memilih untuk menggunakan sistem PCB tidak perlu menunggu tahun berikutnya untuk mendapatkan rebat pelepasan cukai.

Ia boleh disesuaikan dengan segera oleh majikan dalam potongan cukai bulanan mereka.

Artikel Sebelum

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?