MURID sekolah tidak lagi diwajibkan memakai tali leher bermula sesi persekolahan tahun hadapan.
Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menerusi pekeliling bertarikh 17 Disember lalu, pihak kementerian menyatakan, keputusan itu dibuat selepas semakan semula keperluan semasa pelajar menerusi Mesyuarat Profesional Khas KPM 2025 yang diadakan pada 8 Disember.
Ia juga mengambil kira iklim Malaysia yang panas dan lembap serta kepentingan keselesaan pelajar.
Pada masa sama, kementerian ingin membantu meringankan beban kewangan isi rumah.
"Walau bagaimanapun, pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan persetujuan bersama antara sekolah dan ibu bapa," katanya.
Terdahulu, pekeliling tersebut ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkuat kuasa serta-merta. -The Star


