suria

Muhyiddin letak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Peletakan jawatan tersebut bermula 1 Januari 2026.

TAN Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata beliau akan berundur daripada jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas lima tahun menerajui gabungan berkenaan sejak penubuhannya.

"Saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan berkuat kuasa 1 Januari 2026. 

"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Perikatan atas sokongan sepanjang tempoh lima tahun saya memegang jawatan ini.

"Saya mendoakan yang terbaik buat kepimpinan Perikatan dan semua parti komponennya," katanya.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri ke-8 itu akan kekal memegang jawatan sebagai Presiden Bersatu.

Artikel Lain