suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pelan-pelan dia tarik! CCTV masjid rakam lelaki baju hitam curi beg jemaah sedang berehat

Tangkap layar (screenshot) video dari rakaman CCTV masjid. -FB Penang Kini

TIDAK berhati perut!

Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki yang melarikan beg milik seorang warga emas, ketika dia sedang berehat di dalam masjid. 

Dalam video berdurasi 30 saat yang tular di Facebook, kelihatan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam masuk ke dalam masjid dan perlahan-lahan mengambil beg milik seorang warga emas yang sedang tidur di bahagian tepi ruang solat utama masjid berkenaan.

Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini, kejadian dipercayai berlaku di Masjid Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang, pada pagi Ahad. 

"Cari penyamun musibat ini sampai dapat. Beg berisi duit dicuri sekali dengan motor kena rembat di masjid.

"Pakcik yang berusia 70 tahun sedang berehat di dalam Masjid Batu Uban, beg yang berisi wang ringgit hasil kutipan dari kenduri anaknya semalam (Sabtu) mempunyai jumlah wang yang banyak," demikian kapsyen yang ditulis bersama perkongsian video berkenaan. 

Perkongsian tersebut meraih lebih 114,000 jumlah tontonan, selain dibanjiri ratusan komen netizen yang berharap agar pelaku segera diberkas dan dikenakan hukuman setimpal. 

"Muka clear... dapatlah tu nanti. Nak lari mana.

"Punya berani dalam masjid pun mencuri," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain