suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cedera parah di muka, warga emas maut kereta terbabas tertusuk besi panjang

Sebatang besi panjang menembusi kenderaan mangsa sehingga ke bahagian bumbung. - Foto Pusat Gerakan Operasi JBPM Pulau Pinang

SEORANG lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke laluan yang ditutup bagi kerja pemasangan kabel elektrik, sebelum tertusuk sebatang besi sehingga menembusi bumbung kenderaannya.

Dalam kejadian pukul 9.37 pagi Isnin di Jalan Thean Teik, Ayer Itam, dekat Georgetown, mangsa, Lim Soon Teik, 67, yang memandu Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian muka.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang diketuai Komander Operasi Zurizan Mohd Yusof segera ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Lain