suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adenan Enggan Ulas Pelantikan KM

Adenan Satem
Adenan Satem

KUCHING: Sehari selepas dinamakan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem masih enggan mengulas mengenai perkara itu.

Ketika ditemui pemberita hari ini, beliau hanya berkata :"Not today, maybe some other time." (Bukan hari ini (Khamis), mungkin lain-lain masa).

Adenan ditemui selepas menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri bersempena ulang tahun ke-92 Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Astana Negeri di sini.

Beliau kemudian bergegas menaiki kereta meninggalkan pekarangan Astana Negeri.

Semalam, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan meletak jawatannnya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Feb ini dan akan diganti oleh Adenan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.

Pengumuman itu dibuat oleh Abdul Taib selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain