suria

Polis Pulau Pinang Mencukupi Untuk Mengawal Keadaan

Abdul Rahim
Abdul Rahim
Abdul Rahim

PETALING JAYA: Anggota polis sedia ada di Pulau Pinang telah dikerahkan untuk meningkatkan rondaan di sekitar masjid dan gereja, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Menafikan bahawa anggota polis tambahan dari negeri lain telah dikerah ke negeri itu, beliau berkata, seramai 6,000 anggota sedia ada di Pulau Pinang mencukupi untuk membuat kawalan dan rondaan berikutan isu kontroversi melibatkan kain rentang tertulis kalimah Allah.

“Kita sentiasa berjaga-jaga dengan insiden yang berlaku pada malam Ahad.

"Anggota polis sedia ada telah ditugaskan sejak awal pagi untuk memastikan keselamatan semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Abdul Rahim memberitahu, polis juga berjaga-jaga dengan kejadian serangan 'molotov cocktail' di sebuah gereja di Lebuh Farquhar pada Ahad.

"Kita sedang memberi perhatian dan rondaan di masjid dan gereja di sekitar George Town dan Butterworth.

"Rondaan ini juga merupakan langkah berjaga-jaga daripada sebarang ancaman," katanya sambil menasihatkan supaya orang ramai tidak melibatkan diri dengan sebarang insiden kontroversi.

"Polis akan dapatkan punca disebalik tindakan ini...kami berharap orang ramai akan berada dalam keadaan tenang ketika ini," katanya.

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain