AKHIR tahun bukan sahaja masa untuk berehat dan bercuti, malah turut menyaksikan perbelanjaan meningkat akibat pelbagai tawaran diskaun menarik.Namun, tanpa perancangan yang teliti, tabiat ini boleh memberi kesan kepada kewangan anda apabila tahun baharu bermula. Jadi, berikut kami kongsikan beberapa checklist yang boleh anda lakukan sebelum melangkah ke tahun 2026.1. Semak baki simpanan dan perbelanjaan setahunLuangkan sedikit masa untuk melihat semula ke mana wang anda dibelanjakan sepanjang tahun ini. Jadi, bolehlah anda kenal pasti tabiat boros yang mungkin berlaku tanpa disedari.2. Senaraikan perbelanjaan besar yang menanti tahun depanAkhir tahun adalah masa terbaik untuk mengenal pasti bulan yang memerlukan belanja lebih besar. Contohnya seperti bulan yang memerlukan anda mengeluarkan nilai wang besar untuk pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan.Antara lain, anda juga mungkin memerlukan wang ekstra pada Februari dan Mac tahun depan sempena kedatangan Ramadan dan Syawal.Maka, perancangan kewangan yang teliti bermula sekarang pastinya akan memudahkan anda pada tahun depan.Semak kewangan sebelum merancang sebarang percutian. -Gambar hiasan3. Semak polisi insurans dan takafulRamai membayar setiap bulan tetapi jarang menyemak polisi perlindungan sebenar. Pastikan polisi masih relevan dengan keperluan semasa dan tidak membebankan kewangan.4. Selesaikan hutang kecil yang tertunggakHutang kad kredit, bayaran tertunda atau pinjaman kecil jika dibiarkan boleh menjadi beban pada tahun depan.Untuk mengelakkan anda pening kepala, lebih baik selesaikan semua hutang sebelum tahun baharu bermula.5. Semak langganan bulanan yang jarang digunakanHentikan juga platform penstriman seperti Spotify, Netflix, aplikasi berbayar atau keahlian gim yang jarang digunakan.