suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima pelajar dibuang sekolah lepas ejek guru

Tindakan mengejek guru adalah biadab. -Gambar hiasan AI

 

LIMA pelajar  dikenakan tindakan buang sekolah selepas tular video mereka mengejek seorang guru fizik berusia 61 tahun.

Perbuatan tidak bermoral itu dirakam ketika kesemua pelajar terbabit berada di dalam kelas.

Insiden melibatkan pelajar Sekolah Menengah Anatolia Kocatepe Mimar Kemal di Ankara, Turkiye itu menjadi perhatian warganet selepas rakaman memaparkan mereka mempermainkan guru tersebar di media sosial.

Susulan kecaman ramai, pihak pentadbiran sekolah segera menjalankan siasatan disiplin terhadap tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian bulan lalu itu.

Hasil siasatan, lima pelajar dikenakan hukuman dibuang daripada sistem pendidikan formal, manakala dua lagi diarahkan berpindah sekolah sebagai tindakan disiplin.

Namun, guru fizik terbabit tampil mempertahankan pelajarnya dan merayu agar hukuman tidak dikenakan terlalu keras.

"Saya sangat menyayangi anak-anak ini. Mereka mungkin sedikit nakal kerana masih muda. 

"Tolong jangan apa-apakan mereka," katanya. -Agensi

Artikel Lain