suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Hilang sabar pesawat tak sediakan tangga, penumpang terjun kapal terbang beramai-ramai

Penumpang nekad terjun keluar dari pintu pesawat berketinggian 1.8 meter.

PENUMPANG sebuah penerbangan Air Congo berdepan detik cemas apabila terpaksa melompat keluar dari pesawat selepas 'terperangkap' selama berjam-jam di dalam kapal terbang.

Kejadian di Lapangan Terbang Kindu, Republik Demokratik Congo itu berlaku kerana pesawat berkenaan gagal menyediakan tangga mudah alih untuk menurunkan penumpangnya.

Susulan itu, beberapa individu nekad terjun dari pintu utama pesawat dengan ketinggian kira-kira 1.5 hingga 1.8 meter ke landasan.

Rakaman video kejadian yang berlaku pada waktu malam itu tular di platform X selepas dimuat naik oleh akaun penerbangan @fl360aero pada Jumaat. 

Berdasarkan klip tular [Tonton Video], penumpang dibantu ketika melompat turun dari pintu pesawat yang terbuka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, terutama melibatkan warga emas dan individu kurang upaya.

Malah kebanyakannya menyifatkan insiden tersebut sebagai kegagalan serius melibatkan pengalaman penumpang atau di lapangan terbang terpencil.

Untuk rekod, Lapangan Terbang Kindu yang terletak di Wilayah Maniema berfungsi sebagai hab penting bagi kawasan timur Republik berkenaan.

Namun kekangan infrastruktur menyebabkan beberapa lapangan terbang sekunder di negara itu berdepan masalah besar seperti kemudahan usang.

Selain itu, kekurangan peralatan sokongan darat termasuk tangga penumpang dan isu penyelenggaraan berpanjangan turut dilaporkan.

Air Congo yang dilancarkan pada Disember 2024 sebagai syarikat penerbangan nasional baharu dengan kerjasama Ethiopian Airlines bertujuan meningkatkan hubungan domestik ke kawasan terpencil. 

Namun, kejadian di Kindu mendedahkan kelemahan berterusan dalam pengendalian darat di lapangan terbang kecil.

Bahkan, Republik Demokratik Congo merekodkan beberapa insiden penerbangan sepanjang 2025 termasuk pesawat terbabas dari landasan dan kerosakan gear pendaratan. -Agensi

Artikel Lain