suria

Dukung, selak seluar! Wanita dikecam suruh 2 budak kencing dalam tong sampah

Tangkap layar (screenshot) rakaman memaparkan dua wanita mengangkat dua kanak-kanak untuk membuang air kecil dekat tong sampah.

NIAT seorang wanita yang mahu membeli barangan keperluan dapur di sebuah pasar raya terbantut selepas menyaksikan 'adegan' jijik di premis tersebut.

Berdasarkan video yang dirakam dan dikongsikan di laman Threads, kelihatan dua pengunjung wanita mengangkat dua budak kecil untuk membuang air kecil di dalam tong sampah yang terselindung di sebalik deretan troli.

"Pagi nak cari barang dapur. Banyak barang dah habis. Otak ligat fikir nak masak apa. Fikir nak masak yang sedap-sedap sikit la kan weekend ni. 

"Nak ambil troli. Sekali ada orang 'bijak pandai' bagi anak dia dua orang, lelaki dan perempuan, kencing dekat tong sampah.

"Hurm dekat mana pun perangai sama! Memang 'angin' satu badan. Kita masuk 10 minit, keluar balik. Terencat nak beli barang. Beli barang yang anak kirim je. Tak lalu nak fikir masak apa dah. Pengotor!" tulis wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelanggan wanita pilih, tukar sepapan telur di pasar raya... Ramai kata tak salah, hak pembeli pilih yang elok tanpa tahi ayam

Menurutnya, kejadian tersebut dirakam di sebuah pasar raya di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua budak berkenaan dianggarkan berusia sekitar tiga atau empat tahun.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita berkenaan membuat tindakan susulan dengan melaporkan kepada pihak pengurusan pasar raya atau sebaliknya.

Perkongsian berkenaan meraih ratusan komen dengan rata-rata warga maya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak beradab serta menjejaskan kebersihan awam.

"Confirm dari 'mainland'.

"Tak boleh ke 'blacklist' nama diaorang dari datang Malaysia lagi lepas tu ya.

"Diaorang ni semua benda tak ada common sense. Otak diorang tak 'function' betul," antara komen netizen.

Artikel Lain