suria

Tak berjaya sembunyi di sebelah almari, suami orang dicekup berkhalwat dengan janda

JAINJ lancar operasi banteras maksiat. -Foto Facebook Lampu suluh banteras maksiat JAINJ

SEORANG lelaki yang dalam proses penceraian dan wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat pada Jumaat.

Menurut laman Facebook Lampu Suluh Banteras Maksiat JAINJ, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 1.20 pagi di sebuah rumah teres dua tingkat di sekitar Johor.

Pemeriksaan dibuat selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Penguat kuasa dapati pintu pagar rumah berkunci, sebuah kereta milik wanita dan sebuah motosikal yang disyaki milik lelaki terbabit berada di dalam kawasan rumah berkenaan.

"Pintu rumah dibuka kira-kira 10 minit kemudian oleh seorang wanita berpakaian kain batik, berbaju dan bertudung.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, anggota mendapati seorang lelaki bersembunyi di sebalik almari," ujar kenyataan itu.

Namun lelaki terbabit lengkap berpakaian dan berseluar panjang.

Tambah kenyataan itu, kedua-dua individu mengaku tidak mempunyai hubungan mahram atau ikatan pernikahan.

"Wanita terbabit merupakan janda berusia lingkungan 40-an yang tinggal seorang diri dan bekerja di Johor Bahru.

"Manakala lelaki berkenaan berstatus suami orang yang berusia lingkungan 40-an dan berasal dari Johor Bahru.

"Dia turut mengaku dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah, tetapi belum diputuskan bercerai," katanya.

Pasangan terbabit kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana kesalahan khalwat.

Artikel Lain