RAKAMAN video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pelajar tahfiz dipukul menggunakan rotan, mengundang rasa marah warga maya.
Tambahan pula, mangsa dilihat mengelupur kesakitan selepas beberapa kali disebat di tubuh termasuk leher oleh individu yang didakwa warden pusat tahfiz berkenaan.
Lebih menambah rasa sedih apabila rayuannya supaya tidak dipukul, tidak diendahkan individu terbabit yang semakin bertindak agresif.
Rakan-rakan lain yang turut berada di dalam bilik dorm asrama hanya menyaksikan perbuatan pelaku tanpa berani campur tangan.

Kesan lebam yang disebabkan tindakan warden terbabit.
Turut berkongsikan video berkenaan, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan.
Dalam hantaran itu, Caprice mempersoalkan bagaimana individu terbabit masih boleh bekerja di pusat tahfiz berkenaan.
"Macam mana pelaku masih boleh bekerja di situ selepas kejadian dan laporan polis dibuat?" ajunya menerusi perkongsian di Instagram.
Mendakwa kejadian itu dipercayai berlaku di Kedah, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan bapa mangsa.
"(Pelaku) masih bekerja hingga hari ini," demikian mesej kiriman individu yang dipercayai bapa pelajar tahfiz berkenaan.
Pada masa sama, bapa mangsa mendakwa anaknya mengalami trauma teruk sehingga tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama.

Antara reaksi netizen.
"Sikap dia berubah, mungkin sebab selalu kena pukul dengan teruk," luah bapa mangsa.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan kelihatan beberapa bahagian tubuh mangsa mempunyai kesan lebam akibat dipukul menggunakan rotan.
Di ruangan komen, warga maya meminta tindakan segera diambil ke atas pelaku termasuk pusat tahfiz berkenaan.
"Walau bukan anak kita diperlaku begitu tapi hati rasa sedih sangat apabila lihat, binatang pun tak tahan kalau 'dibantai' macam tu.
"Tutup je sekolah tu terus, sekolah macam ni bukan mendidik pun.
"Ustaz sekarang memang tak boleh pakai, menunggang agama," demikian luahan netizen.


