suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora diramalkan berterusan sehingga Khamis ini di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran kategori pertama itu bagi kawasan di Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.

Sepanjang tempoh itu, angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kesemua kawasan berkenaan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut," kata jabatan itu dalam kenyataan di sini, Ahad.

Jabatan itu juga menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori kedua diramal melanda kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Khamis ini.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang bertiup antara 50 dan 60 km sejam dan ombak setinggi 4.5 meter, yang berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Sementara itu, ribut petir yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter di kawasan perairan Sarawak (Bintulu dan Miri) dijangka berterusan sehingga lewat petang ini. - BERNAMA

Artikel Lain