suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

167 Butir Peluru Dicampak Di Tepi Jalan Di Gua Musang

KOTA BHARU: Sebanyak 167 butir peluru hidup dicampak seorang lelaki di sebatang jalan di bandar Gua Musang tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitenden Saiful Bahri Abdullah berkata, 40 butir dripada peluru itu adalah jenis 5.56 mm, 20 butir jenis 4.62 mm, 98 butir blank 5.56 dan sembilan butir jenis 9 mm ball.

Beliau berkata, lelaki tersebut pada mulanya dilihat sedang berjalan di kawasan susur masuk ke sebuah kuil kira-kira pukul 12.22 tengah malam.

"Ketika pihak polis yang sedang membuat rondaan cuba menghampiri lelaki tersebut, dia bertindak melarikan diri dan telah membuang sesuatu. Setelah pihak polis mengutip satu bekas plastik yang dicampak itu, ia didapati berisi peluru," katanya.

Saiful Bahri berkata, suspek gagal dikesan.

Terdapat kesan karat dan lumpur pada peluru tersebut, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain