APMM Pulau Pinang Rampas Kosmetik Bernilai RM224,000 - Semasa | mStar

APMM Pulau Pinang Rampas Kosmetik Bernilai RM224,000

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot di 0.9 batu nautika dari Dermaga Air Dalam di sini dan merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai RM224,060 pada Rabu.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kapt Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot perdagangan tukar barang yang berdaftar di Indonesia itu ditahan pada pukul 11.45 malam dan hasil pemeriksaan menemui barang kosmetik yang dibawa masuk tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

"Pasukan kita yang membuat rondaan di kawasan perairan menahan sebuah bot 'barter trade' dalam pelayaran dari Pelabuhan Belawan, Medan, Indonesia menuju ke Pulau Pinang.

"Hasil pemeriksaan di geladak bawah mendapati vesel telah membawa barangan kosmetik iaitu sabun pencuci muka jenama COLLAGEN dari Belawan, Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata kesemua kosmetik itu juga tidak mendapat kelulusan PBKD dan diserahkan kepada Jabatan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Kamaruszaman berkata kes itu disiasat menurut Peraturan 18A (1), Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik serta Akta Jualan Dadah 1952. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain