suria

Warga Iraq Rayu Pulangkan Begnya Yang Hilang Jumaat Lepas

KUALA LUMPUR: Seorang penyiar warga Iraq, Alaa R Al Zubaydi, merayu kepada sesiapa yang menemui begnya supaya memulangkannya kerana ia mengandungi barangan peribadi termasuk pasport yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini Jumaat lepas.

Beliau memberitahu Bernama di sini Isnin, sesiapa yang menemui beg itu boleh memulangkannya di Kedutaan Iraq di sini di No. 2, Jalan Langgak Golf, Off Jalan Tun Razak, 55000, Kuala Lumpur.

Alaa, yang merupakan pengarah syarikat televisyen Alhurra, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada hari beg itu hilang.

Katanya antara barangan dalam beg itu ialah satu telefon bimbit, satu ' memory flash card' dan dua bentuk cincin perak.

"Pada kira-kira 8 malam, saya berada di pekarangan di depan KLCC, Jalan Ampang, merakamkan gambar dengan Ipad saya. Selepas selesai mengambil gambar, saya tunduk untuk mengambil beg berwarna hitam yang sebelum itu saya letak di atas lantai.

"Saya dapati ia sudah tiada di situ. Saya mencarinya tetapi tidak menemuinya," katanya. Sementara itu, jurucakap Unit Polis Pelancong Kuala Lumpur semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain