suria

Shahrir Samad Dilantik Ahli Majlis Penasihat IRDA

Shahrir Samad.
Shahrir Samad.
Shahrir Samad.

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Johor Baru, Tan Sri Shahrir Samad sebagai Ahli Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Beliau berkata, pelantikan itu akan membantu memastikan kemajuan koridor pembangunan mendapat manfaat bukan saja untuk orang luar tetapi penduduk setempat.

Melihat pembangunan di Iskandar Malaysia semakin berkembang, Najib berkata adalah penting bagi Barisan Nasional untuk tidak kehilangan sokongan penduduk di wilayah itu seperti yang berlaku di Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum tahun lalu.

Beliau berkata demikan selepas merasmikan pejabat Umno Johor Baru di sini.

Artikel Lain