suria

Allahyarham Zal-Azri Dinaikkan Pangkat Sarjan - KPN

Zal-Azri Abd Somad
Zal-Azri Abd Somad
Zal-Azri Abd Somad

KUALA LUMPUR: Polis meluluskan kenaikan pangkat secara 'posthumous' atau anumerta kepada Koperal Zal-Azri Abd Somad yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka, Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dengan kenaikan pangkat itu, Allahyarham Zal-Azri dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, dinaikkan ke pangkat Sarjan.

"Kami bersimpati atas apa yang berlaku kepada ahli keluarga beliau dan apa juga bantuan yang patut, akan kita berikan kepada isteri dan dua anaknya yang masih kecil.

"Itu adalah tanggungjawab kami untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan "Mesyuarat Peringkat Tertinggi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 8: Kerjasama Komunikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," di Kementerian Pertahanan di sini Rabu.

Zal-Azri, 31, maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek curi besi buruk dalam satu operasi di Taman Teknologi dan Industri Cheng, Melaka.

Allahyarham dilaporkan cedera di kepala dipercayai akibat dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain