SEORANG lelaki berusia 76 tahun terkejut apabila mendapati dia mengalami masalah payudara membesar.
Hasil pemeriksaan di hospital mendapati pesara warga Britain itu menghidap ginekomastia.
Ginekomastia ialah pembesaran tisu payudara bukan kanser dalam kalangan lelaki akibat ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron.
Ia menyebabkan payudara membengkak, membesar dan kadang-kala disertai rasa sakit atau ketulan di bawah puting.
Berdasarkan diagnosis, doktor percaya perubahan fizikal itu berpunca daripada sejenis ubat jantung yang diamalkannya selama beberapa tahun.
Ubat tersebut digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan United Kingdom dengan lebih 12 juta preskripsi direkodkan.
Walaupun diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk merawat masalah kardiovaskular, ubat itu tetap mempunyai risiko.
Antara kesan sampingan lain termasuklah dehidrasi, pening, sakit kepala dan keletihan. -Agensi


