suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Mahu alis tumbuh lebat, ibu guna petua jijik... Calit tinja pada kening bayi!

Tangkap layar tindakan seorang ibu mencalit najis pada anaknya.

SEORANG wanita menarik perhatian ramai selepas dilihat mencalit kening anaknya dengan najis pertama bayi itu sendiri.

Berdasarkan perkongsian video di Instagram [Tonton Video], amalan itu dikatakan boleh membantu melebatkan bulu kening anak.

Tindakan wanita itu bagaimana pun dikecam ramai kerana meletakkan najis boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan bayi.

"Najis mengandungi banyak bakteria, memandangkan kulit bayi yang baru lahir sangat sensitif, jadi dia terus terdedah kepada kuman.

"Jika seorang kanak-kanak mendapat pemakanan yang baik, khususnya keperluan Vitamin E yang mencukupi, bulu keningnya pasti akan tumbuh dengan sihat dan lebat.

"Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan. Jika ibu bapa mempunyai bulu kening yang tebal, kebiasaannya anak juga akan mewarisi ciri tersebut," komen netizen.

Kejadian dipercayai di Jakarta, Indonesia. -Agensi

Artikel Lain