suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing kacukan Dobermann serang remaja perempuan... Kesan gigitan di lengan bakal jadi parut kekal

Kesan gigitan anjing yang menyerang remaja 16 tahun. -Gambar Lee

SEORANG remaja perempuan diserang seekor anjing milik jirannya di kawasan perumahan sehingga terpaksa menjalani pembedahan dalam kejadian pada Selasa.

Ibu remaja berusia 16 tahun itu berkata anjing terbabit dipercayai bersaiz sederhana hingga besar, mungkin kacukan Dobermann, dan menyerang mangsa ketika pintu pagar jiran terbuka. 

Insiden berlaku ketika mangsa sedang berjalan ke hentian bas dan singgah seketika untuk menegur jiran.

“Anjing itu menyerang dua kali. Gigitan pertama merobek seluar pendek, kemudian lengan pula digigit.

"Walaupun pemilik berada di tempat kejadian, anjing itu tidak segera dikawal selepas serangan pertama,” kata Christine Lee.

Mangsa dibawa ke hospital oleh jiran tanpa pengetahuan ibu bapa, dan keluarga hanya mengetahui kejadian melalui mesej daripada mangsa sendiri. 

Doktor memaklumkan kemungkinan besar parut gigitan kekal akibat serangan itu.

Kejadian berlaku di Lentor, Singapura.

Lee juga mendakwa anjing tersebut pernah terlibat dalam insiden serupa sebelum ini dan berharap perkara sama tidak berulang.

Selepas keluar dari hospital, laporan dibuat kepada polis dan Lembaga Taman Negara (NParks). -Agensi

Artikel Lain