USAHAWAN kosmetik, Nurul Nabihan Azmi mencuri perhatian ramai apabila menyediakan hadiah berupa bar emas buat golongan pendidik di sekolah anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Facebook [Tonton Video], Nurul Nabihan menyatakan pemberian tersebut hanyalah tanda penghargaan kecil dan tidak setimpal dengan jasa guru yang berbakti mencurahkan ilmu.
"Cuti sekolah, nak masuk penggal baru adalah sikit buah tangan kat cikgu.
"Hadiah tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan tunjuk ajar cikgu dekat anak-anak," katanya.
Nurul Nabihan berkata dia pada awalnya buntu dan hampir membeli beg tangan, namun membatalkan niat tersebut kerana memikirkan kesesuaian, terutama untuk guru lelaki.
“Seronok tengok reaksi mereka. Rasa puas bila tahu usaha kecil ini buat orang gembira,” katanya.
Menerusi video berkenaan juga, Nurul Nabihan turut menghadiahkan barangan yang sama kepada pengawal keselamatan wanita yang bertugas di sekolah berkenaan.


