suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas, anak lelaki maut dalam kebakaran PPR di Sentul… Mayat ditemukan dalam bilik mandi

Dua beranak maut dalam kebakaran di Sentul. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas dan anak lelakinya maut dalam satu kebakaran di Projek Perumahan Rakyat PPR Sentul.

Pusat Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS NG999 pada pukul 7.18 pagi, Jumaat.

Menurut kenyataan jabatan itu, anggota dari Balai Bomba Sentul dengan bantuan Balai Bomba Gombak segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada jentera bomba.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.51 pagi dengan anggaran 40 peratus unit terjejas.

Api dipadam sepenuhnya pada pukul 8.27 pagi dan kerja-kerja pemeriksaan lanjut turut dijalankan.

Mayat dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan seorang wanita berusia 82 tahun ditemukan di dalam bilik mandi.

Kedua dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dan Unit Penyiasatan Kebakaran kini menyiasat punca kejadian.

Artikel Berikut

Artikel Lain