suria

Polis Buru Pembunuh Najadi

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di Kuala Lumpur pada petang Isnin.

KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group Hussain Ahmad Najadi sedang berjalan ke kereta bersama isterinya seperti biasa ketika orang ramai sedang makan tengah hari di gerai-gerai di sepanjang Jalan Ceylon, di tengah bandaraya Kuala Lumpur selepas beliau berunding mengenai perjanjian tanah di kuil Kuan Yin.

Ahli perniagaan itu tidak tidak tahu bahawa tiga pembunuh sedang menunggunya. Salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan, memukul beliau di bahagian dada dan rusuk.

Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Isterinya, 49 tahun dari Malaysia, Cheong Mei Kuen, cedera di bahagian lengan.

Beliau dikejarkan ke Hospital Tung Shin di Jalan Pudu sebelum dipindahkan ke Prince Medical Court di Jalan Tun Razak untuk pembedahan.

Penyerang melarikan diri dengan teksi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai kemeja berkotak lengan panjang dan seluar khaki coklat. "Kami percaya tiga lelaki bertanggungjawab untuk serangan ini.

"Mereka melarikan diri dengan sebuah teksi Proton Waja," katanya, sambil menambah ketiga-tiga mereka dipercayai berusia antara 35 dan 40 tahun, telah menunggu di luar kuil ketika Najadi sedang berunding perjanjian dengan rakan-rakan perniagaannya.

"Kami tidak menolak sebarang kemungkinan," kata ACP Zainuddin, sambil menambah pihak polis telah memulakan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan ketiga-tiga mereka.

"Kami yakin dalang akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya. Anak Najadi, Pascal yang bercakap kepada The Star melalui telefon dari Moscow, terkejut dengan pembunuhan yang berlaku di siang hari.

"Bagaimana ini boleh berlaku di ibu negara?

“Ini bukan Malaysia yang bapa saya kenal dan cinta, dan seluruh dunia akan melihat bagaimana pihak berkuasa mengendalikan kes ini," katanya.

Seorang pelayan di salah sebuah gerai berkata beliau sedang melayan pelanggan pada kira-kira pukul 1.50 tengahari apabila tembakan itu berlaku. "Saya tidak mendengar apa-apa bunyi yang kuat atau apa-apa yang luar biasa.

"Saya sedang sibuk menghidangkan makan tengah hari seperti biasa kerana orang ramai pada waktu ini," katanya yang berusia 45 tahun, yang menyedari berlaku tembakan hanya apabila kereta polis dilihat memasang siren.

Kejadian tembak di Jalan Ceylon berlaku selepas serangan terhadap Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan di Bahau, Negri Sembilan.

Beliau telah ditembak oleh seorang lelaki di atas motosikal semasa memandu kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu lalu. Pada Ahad, Jasrafveendeerjeet Singh dari Tambun telah ditembak mati di luar sebuah restoran di Ipoh.

Artikel Lain