suria

Ganjaran Lumayan Untuk Petunjuk Kereta Porsche Yang Hilang

MELAKA: Seorang ahli perniagaan dari Taman Merbok, Ayer Keroh, di sini, bersedia untuk membelanjakan jumlah yang besar sebagai ganjaran kepada mereka yang dapat mengenal pasti dan memulangkan kereta Porsche 928 GTS beliau yang hilang.

Tan Cheong Ming, 43, berkata kereta itu dicuri dari rumahnya pada Khamis lepas.

"Kereta itu sangat berharga kepada saya dan saya benar-benar mahukannya semula. Saya bersedia memberikan 'ang pow' kepada mereka yang boleh memberikan petunjuk sehingga kereta itu diperolehi semula," kata beliau.

Tan berkata Porsche berwarna hitam beliau adalah sebuah kereta sukan-GT, yang dikeluarkan oleh Porsche AG Jerman dari tahun 1978-1995.

"Model kereta saya telah dibuat pada tahun 1995 dan saya membelinya 'second hand' dua tahun lalu," katanya.

Tan berkata keretanya telah dicuri apabila beliau dan ahli keluarga tidak berada di rumah.

Beliau berkata pencuri memecah masuk ke rumahnya dan membawa lari keluar keretanya antara pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari.

"Pada masa itu, pembantu rumah saya berada di rumah tetapi dia tidak melihat apa-apa yang mencurigakan," katanya, sambil menambah beliau percaya pencuri telah memantau pergerakannya untuk beberapa ketika sebelum melakukan jenayah ini.

Artikel Lain