Manifesto BN: Tubuh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Perangi Rasuah, Janji BN - Semasa | mStar

Manifesto BN: Tubuh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Perangi Rasuah, Janji BN

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), dalam usaha memerangi dan menghapuskan rasuah, akan mewujudkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah serta menambah Mahkamah Tinggi bagi membicarakan kes rasuah.

BN dalam manifesto bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancar Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu, turut berjanji melaksanakan akujanji integriti untuk anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Selain itu, BN berjanji untuk mempertingkat ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam serta mewujudkan akses yang cepat terhadap Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

BN juga berjanji untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan petugas serta menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Pencalonan Negeri Kelantan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain