suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Pakatan Rakyat Ketengah Tiga Insentif Pikat Pengundi Wanita

KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat menarik pengundi wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menawarkan tiga insentif bertujuan untuk menjaga kebajikan mereka.

Tiga insentif yang diberikan setiap tahun itu adalah Tabung Simpanan Suri Rumah dimana RM600 diberikan kepada setiap suri rumah; RM1,000 insentif penjagaan kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah; menubuhkan agensi pembantu rumah tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada amah asing dan mengurangkan masalah sosial.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata insentif itu merupakan kaedah pembangkang untuk mengiktiraf peranan dan pengorbanan golongan wanita di Malaysia.

"Kami akan melaksanakannya sebaik saja Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media pagi Ahad.

Artikel Lain