suria

ATM Rancang Wujud MCTC Bagi Menambah Pendapatan Anggota Keluarga Warga ATM

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan)menyerahkan 'mock up' Kalendar pada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin semasa hadir ke Majlis Penyerahan Kalendar Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) 2013 dan sumbangan tahunan pada tabung kebajikan ATM oleh PERNAMA di Dewan Teratai , Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bercadang mewujudkan Pusat Transformasi Masyarakat Tentera (MCTC) khusus bagi melatih anggota keluarga tentera dalam beberapa bidang yang mampu menjana pendapatan.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pusat itu dijangka melatih isteri anggota tentera dalam bidang seperti masakan, jahitan, kraftangan dan mengandam.

"Program ini merupakan salah satu program di bawah strategi Lautan Biru kebangsaan yang mana kita cuba mentransformasikan anggota dan keluarga tentera bagi meningkatkan taraf hidup mereka menjadi lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Kalendar Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di sini, Jumaat.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Pengerusi Pernama Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.

Zulkifeli berkata MCTC, yang berperanan mempertingkat taraf hidup warga ATM, turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyediakan khidmat latihan serta kepakaran dalam bidang tertentu.

"Kita merancang untuk mewujudkan satu mini koperasi yang mana sekiranya mereka ingin menjual bunga telur ataupun barangan kraftangan kepada warga ATM mahupun orang luar, ia boleh dilakukan melalui koperasi ini," katanya.

Beliau berkata untuk permulaan, ATM mengenal pasti tiga pusat yang akan dibuka iaitu di Kem Desa Pahlawan, Kelantan; Kem Pengkalan Lumut, Perak; dan Kem Pengkalan Udara Labuan.

Zulkifeli berkata MCTC yang dibangun akan menjalin kerjasama dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai contoh bagi memulakan operasi.

"Insya-Allah awal tahun ini saya akan berbincang dengan kementerian (Pertahanan) bagi mendapatkan dana untuk membangunkan pusat ini kerana kita telah mengenal pasti lokasi yang baik untuk memulakan MCTC ini," katanya.

Beliau berkata MCTC akan turut membuka pusat tuisyen untuk anak anggota tentera sebagai satu daripada inisiatif memberi pendidikan terbaik kepada mereka.

Katanya, MCTC juga berperanan mewujudkan pusat kebudayaan seperti silat dan tarian kebudayaan kepada anggota keluarga warga ATM. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain