suria

[V] Pertunjukkan ekzos berapi berakhir tragedi… ‘King’ Myvi hangus terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran sebuah Perodua Myvi. -Gambar ihsan Bomba (kanan)

SEBUAH Perodua Myvi yang terlibat dalam program pertunjukan kereta di perkarangan pusat beli-belah di Klang, Selangor terbakar pada Ahad.

Berdasarkan video yang tular [Tonton Video], kebakaran berlaku beberapa minit selepas pertunjukan ekzos berapi daripada sebuah kenderaan lain.

Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan percikan api daripada aksi tersebut hingga dipercayai mencetuskan kebakaran.

Percikan api kemudiannya dilihat menyambar Perodua Myvi yang diletakkan bersebelahan musnah sepenuhnya.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, Perodua Myvi tersebut musnah 90 peratus dalam kejadian pukul 9.25 malam itu.

"Kebakaran melibatkan dua buah kereta jenis iaitu Perodua Myvi dan Toyota Vios. Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota bertugas.

"Kebakaran ini tidak melibatkan mangsa," katanya memaklumkan sebuah lagi kereta hanya mengalami kebakaran dua peratus.

Artikel Lain