MENJELANG musim persekolahan baharu, jenama pakaian seragam sekolah Falcon semakin menjadi bualan dalam kalangan ibu bapa muda yang mencari pakaian berkualiti, selesa dan tahan lasak untuk anak-anak.
Falcon, jenama buatan Malaysia di kilang sendiri yang kini mempunyai lebih 150 pengedar di seluruh Semenanjung, tampil dengan rangkaian lengkap pakaian seragam sekolah menggunakan fabrik premium yang direka untuk dipakai sepanjang hari.
Material yang digunakan bukan sahaja tahan lama, malah mempunyai fungsi anti-kedut, cepat kering, sejuk dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit yang menjadikannya pilihan ideal untuk pelajar aktif.
Walaupun material kelas premium, Falcon mengekalkan harga berpatutan.
Ramai ibu bapa hari ini mencari pakaian yang senang jaga, tak mudah renyuk dan nampak kemas walaupun dipakai dari pagi sampai petang, ciri ini semua terdapat pada Falcon.
Potongan moden
Falcon turut menawarkan potongan moden seperti slim fit dan fitting cut, selari dengan trend semasa dalam kalangan ibu bapa generasi baharu yang lebih mementingkan gaya.
Lebih menarik, Falcon menyediakan antara pilihan saiz paling luas di pasaran, termasuk sehingga 54 inci pinggang, bagi memenuhi keperluan pelajar dengan pelbagai bentuk badan.
Falcon kini semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa seluruh negara.
Walaupun menggunakan material kelas premium, Falcon mengekalkan harga yang dianggap berpatutan bagi kebanyakan keluarga.
Ia seiring matlamat jenama itu untuk menawarkan pakaian seragam berkualiti tinggi tanpa membebankan.
Hadiah percuma
Bagi musim ini, Falcon menawarkan hadiah percuma dengan setiap pembelian tertentu, selain penghantaran percuma kepada 100 pelanggan pertama yang membuat pesanan melalui laman web rasmi mereka.
Sesuai dengan tagline mereka, Falcon! Ini Memang Baguiihh! yang sinonim dengan pelanggan di utara tanah air, kini semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa seluruh negara.
Orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi lengkap Falcon boleh mengunjungi falconschooluniform.com.my


