suria

Ibu simpan mayat anak 20 tahun dalam peti sejuk beku… Akhirnya meringkuk dalam penjara pada usia emas!

Kesalahan jenayah tidak mengira peringkat usia. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita warga emas dijatuhi hukuman penjara selama setahun selepas mengaku menyembunyikan mayat anak perempuannya dalam peti sejuk beku di rumahnya selama hampir 20 tahun.

Wanita berusia 76 tahun itu pada awalnya menyimpan mayat anaknya di dalam almari rumah tetapi apabila mula berbau akibat pereputan, dia membeli peti sejuk beku.

Menurut laporan, anak perempuannya berusia 29 tahun ketika meninggal dunia.

Wanita yang dikenali sebagai Keiko Mori pada September lalu mengaku bersalah selepas hadir ke balai polis bersama seorang saudara, dan didakwa menyembunyikan mayat anaknya, Makiko.

Semasa siasatan, polis menemukan mayat Makiko yang masih memakai T-shirt dan seluar dalam, dalam posisi menonggeng di dalam peti sejuk beku.

Berdasarkan keterangan Mori, mayat tersebut disimpan sejak 2005, iaitu kira-kira 20 tahun.

Polis juga mengarahkan autopsi untuk menentukan punca kematian.

Mori memberitahu penyiasat bahawa anaknya mempunyai masalah penyalahgunaan dadah dan sering bersikap ganas terhadap dia dan suami. -Agensi

Artikel Lain