suria

Suami ditangkap tanpa seurat benang bersama gadis atas katil… Isteri ke penjara gara-gara serang ‘penyondol’ sampai mati

Potjanart meninggal dunia akibat diserang oleh seorang wanita. -Foto Facebook

SEORANG wanita dipenjara empat tahun selepas menyerang individu yang didakwa sebagai perempuan simpanan suaminya.

Dalam kejadian pada April lalu, tertuduh, Worrawan, 28, mengekori suaminya ke sebuah hotel di Min Buri, Bangkok, Thailand.

Worrawan kemudian mendapati suaminya berada dalam keadaan bogel di atas katil bersama wanita dikenali sebagai Potjanart.

Dia kemudian menyeret mangsa yang berbogel keluar dari bilik hotel sebelum memukulnya berulang kali sehingga rebah.

Mangsa yang berusia 23 tahun dilaporkan mengalami batuk berdarah, menyebabkan Worrawan menghentikan serangan itu.

Kakitangan hotel kemudian membawa Potjanart ke hospital, namun dia meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Lebih mengejutkan, mangsa sebenarnya sedang hamil lapan bulan ketika serangan itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 7 anak bawa 'penyondol' hamil zuriat suami pergi 'check-up', siap tidur sekatil... Akhirnya diterajang sebelum diceraikan

Ketika ditahan, Worrawan berkata dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya bertindak kerana marah dan tekanan emosi. 

Siasatan polis mendapati Potjanart bukanlah perempuan simpanan seperti yang disangka. 

Sebaliknya, mangsa bekerja sebagai penghibur parti dan pergi ke hotel itu atas urusan kerja.

Mahkamah memutuskan Worrawan bersalah kerana dengan sengaja menyebabkan kematian mangsa.

Namun, hukuman diringankan kerana perbuatannya didorong rasa cemburu dan tekanan emosi akibat provokasi yang dianggap serius.

Selain itu, dia turut diarahkan membayar pampasan 850,000 baht (RM110,000) kepada keluarga mangsa dengan faedah lima peratus setahun.

Untuk rekod, kisah itu tular selepas ia dikongsi oleh peguam, Nitikorn Kaewto menerusi Facebook pada 16 Disember lalu. -Agensi.

 

Artikel Lain