suria

Feng Yi & Fu Wa Panda Yang Bakal Popular Di Malaysia

Raut wajah yang unik: Fu Wa (kiri) dan Feng Yi memiliki bentuk fizikal tersendiri yang memboleh rakyat Malaysia mengenal pasti mereka dengan mudah

YA'AN (China): Setiap rakyat Malaysia pasti mempunyai sebab untuk jatuh cinta dengan dua ekor panda gergasi yang dijangka tiba di negara ini tahun depan.

Feng Yi, panda betina berusia enam tahun, yang dikenali sebagai puteri kerana memiliki bentuk badan yang istimewa dan saiz badan yang seimbang.

Fu Wa, juga berusia enam tahun memiliki rupa yang maco pernah dipilih oleh Netizens bersama adik kembarnya Feng Yi sebagai pemenang ‘Best Partnership Award’ dalam kempen panda dunia pada 2007. Kedua-duanya, Feng Yi dan Fu Wa dilahirkan pada hari yang sama (23 Ogos 2006) namun mereka mempunyai bentuk fizikal dan karakter yang berbeza antara satu sama lain.

Feng Yi mempunyi hidung yang mancung sementara hidung Fung Wa berbentuk berliku dan batang hidung yang lebih lebar.

Selain itu ia turut memeliki rongga mata yang lebih ketara yang boleh dilihat seperti perkataan ‘ba’ bermaksud nombor lapan di China sementara Feng Yi memiliki wajar yang lebih bulat daripada Fu Wa.

Artikel Lain