suria

Ahli Politik Perlu Elak Jadi Penjamin, Jangan Ambil Risiko - Khairy

Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Ahli politik seharusnya menjadikan amalan untuk tidak menjadi penjamin bagi pinjaman orang lain, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"Selalunya, seseorang akan datang berjumpa ahli-ahli politik dengan membawa borang yang perlu ditandatangani tanpa benar-benar mengetahui apakah ia atau apakah tanggungjawab mereka sebagai penjamin dan sama ada orang berkenaan menguruskan kewangan mereka dengan baik atau tidak,” katanya dalam satu temu ramah.

"Saya tidak menjamin pinjaman sesiapa. Tiada akan. Bagaimana saya boleh menjamin seseorang yang saya tidak (benar-benar) kenal? Dan jika saya menjamin pinjaman seorang, (sebagai seorang ahli politik), saya akan menjamin pinjaman begitu ramai orang (anggota parti)."

Beliau berkata, ahli-ahli politik boleh membantu orang, termasuk ahli-ahli parti, dengan memudahkan dan membantu permohonan pinjaman mereka dengan surat rujukan atau memberikan mereka rujukan berkaitan.

"Tetapi lebih dari itu, jangan. Ahli-ahli politik seharusnya tidak menjamin pinjaman sesiapa dan mereka tidak harus membuat ini sebagai budaya atau amalan mereka.

"Saya telah melihat ramai ahli politik sebagai penjamin ditimpa kesusahan dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kerana mereka telah diisytiharkan bankrap apabila orang mengambil pinjaman itu gagal untuk membayar."

Apabila peminjam mempunyai masalah ke atas pembayaran, bank atau institusi kewangan turut akan melibatkan penjamin.

Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Pemuda Umno meminta supaya Akta Kebankrapan di negara ini dikaji semula supaya memberi peluang kedua kepada si bankrap.

Khairy pada perhimpunan berkata, sejumlah besar yang bankrap adalah belia, sambil menambah bahawa mereka perlu diberi peluang kedua.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan berkata, Kerajaan akan mengkaji semula Akta berkenaan untuk melonggarkan undang-undangnya.

Khairy berkata, walaupun sekiranya ahli keluarga yang meminta anda untuk menjadi penjamin, anda perlu lakukan "sesuatu dengan wajar" terlebih dahulu sebelum bersetuju.

Artikel Lain