suria

Pas Kaji Tambah Bilangan Calon Wanita Pada PRU 13

KOTA BAHARU: PAS sedang mengkaji untuk menambah bilangan calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam Rabu.

Beliau berkata langkah itu diambil berikutan peranan Muslimat yang sangat menggalakkan berdasarkan pencapaian di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata PAS mengiktiraf peranan wanita sejak 59 tahun lalu malah penglibatan wanita dalam parti itu adalah mendahului negara-negara lain.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof dalam ucaptamanya meminta semua Muslimat parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

Artikel Lain