Ulama PAS Sifatkan Kenyataan Izzah Perkara Kecil, Tidak Perlu Bertaubat

KOTA BARU: Dewan Ulama PAS menyifatkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama sebagai kecil dan remeh serta tidak perlu diperbahaskan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib berkata pemimpin PKR itu tidak perlu bertaubat kerana beliau bukan melakukan kesalahan besar.

"Isu Nurul Izzah bukanlah besar, tak ada masa saya nak bahaskan isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, di sini, Khamis.

Sebelum itu, beliau ditanya laporan akhbar berhubung kenyataan beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya Nurul Izzah bertaubat ekoran kenyataannya yang menimbulkan kontroversi itu.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 November lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor.

Menurutnya, beliau akan tetap menegur kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pakatan pembangkang terutama berkaitan agama, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri jika ia ternyata salah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataannya terdahulu bahawa golongan ulama akan terus mendominasikan kepimpinan PAS di masa akan datang, beliau berkata ini sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Katanya, golongan ulama adalah pewaris Nabi yang bakal mewarisi kepimpinan gerakan Islam di negara ini.

"Dalam hubungan ini, kita tiada kompromi, sampai bila pun PAS akan dipimpin oleh golongan ulama sebagaimana terkandung dalam perlembagaan parti," katanya. Bagaimanapun, beliau mengakui parti itu juga fleksibel dalam keadaan tertentu, di mana boleh melantik pemimpin bukan daripada kalangan ulama, seperti Allahyarham Datuk Asri Muda sebagai Presiden parti pada satu ketika dahulu.

Bagi menangani isu pemimpin ulama yang uzur kerana faktor usia, Dr Harun berkata ia merupakan salah satu cabaran hebat yang harus dipikul oleh generasi baharu parti itu.

Mengenai percanggahan pendapat berhubung agama antara pemimpin PAS dengan pemimpin parti komponen pakatan pembangkang, beliau berkata, ia tidak menjejaskan hasrat PAS untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.

Katanya, kalau adapun suara-suara sumbang daripada pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh mengenai pembentukan negara Islam, ini adalah kerana pemimpin DAP masih belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

Sebaliknya, kata beliau PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara. -BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain