suria

Empat Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh Seorang Lelaki

Empat lelaki termasuk seorang pelajar dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan membunuh seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Ulu Kenchong, Pedas, Rembau tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. -fotoBERNAMA

SEREMBAN: Empat lelaki termasuk seorang pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Ulu Kanchong, Pedas, Rembau, tahun lepas.

Rosman Ali Abdul, 28, Kamarudin Idrus, 54, kedua-duanya kontraktor, Mohamad Asrol Izek Md Aris, 31, seorang anggota tentera dari Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Zaki Zahari, 19, seorang pelajar didakwa membunuh Hamzah Ab Majid, 56, di kawasan ladang kelapa sawit Ulu Kanchong, Pedas, Rembau antara kira-kira pukul 9.30 malam hingga 12 malam, 18 Oktober, 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, sementara Zaki diwakili peguam Mohd Jufri Abd Mois, manakala tiga yang lain tidak diwakili.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Kahiriah Abd Razak menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Lain