IBU kepada penyanyi Ziana dan Anuar Zain disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 10.42 malam Rabu.
Allahyarham Robiah Abdul menghembuskan nafas terakhir di sebuag pusat perubatan di Klang, Selangor pada usia 74 tahun akibat kanser hati.
Berita duka itu disahkan oleh Ziana yang juga memaklumkan ibunya sudah lama berdepan masalah kesihatan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Hilang satu doa saya” - Arwah bapa tulang belakang kerjaya Ziana, Anuar Zain
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
“Ya betul, emak baru meninggal dunia kira-kira pukul 10.42 malam tadi.
“Mak menghidap kanser hati. Penyakit itu sudah merebak ke usus dan buah pinggang.
“Keadaan mak semakin lemah sejak kebelakangan ini,” katanya memetik laporan Kosmo.
Kehilangan ini pastinya memberi kesan besar buat Ziana selepas pemergian bapa iaitu Allahyarham Zain @ Zin Abdullah yang meninggal dunia pada 26 Ogos lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


