BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengambil pendekatan tenang dan positif susulan tularnya video suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan sewaktu dia sedang membuat siaran langsung (Live) di media sosial.
Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, kejadian tersebut berlaku secara spontan dan tiada siapa yang sengaja mengaturnya.
“Memang dunia media sosial begitulah. Semua tak sengaja.

Reaksi Siti selepas suaminya terkentut secara spontan.
“Tapi benda tu, entahlah… dia jadi kelakar pun ada. Saya tak tahu nak komen macam mana,” katanya kepada mStar.
Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Hemisfera Luxury Sky Hall, Menara Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ditanya mengenai reaksi suaminya, Siti memberitahu Khalid atau mesra disapa Datuk K itu hanya gelak sahaja.
Suaminya mungkin tidak menyedari keadaan tersebut kerana terlalu santai sewaktu siaran langsung.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat adalah kekuatan, Siti Nurhaliza sempat beri kata semangat walau Mohd Fadzil tak sedar… “Mungkin dia masih mendengar”
ARTIKEL BERKAITAN: Keprihatinan Siti Nurhaliza sentuh hati ramai, luang masa lawat peminat di ICU – “Dah tahu kenapa dia penyanyi nombor satu negara”
“Dia cuma gelak sahaja. Dia mungkin tak terfikir. Entahlah macam mana. Saya tengah buat live, mungkin dia santai-santai sahajakan,” ujarnya berseloroh.
Siti menambah, insiden berkenaan mungkin biasa berlaku di luar negara, namun di Malaysia setiap perkara tetap ada adabnya.
Bagaimanapun Siti berkata, perkara itu dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.
“Kalau dekat luar negara benda ni biasa. Cuma kita orang Malaysia, kita ada adab kita.
Tapi benda tu, entahlah… dia jadi kelakar pun ada.
DATUK SERI SITI NURHALIZA
BIDUANITA NEGARA
“Tapi benda ni semua jadi macam menceriakan sahajalah. Saya ambil ini dari sudut yang positif sahaja. Lepas ni Datuk K mungkin berhati-hatilah. Itu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Siti turut memuji peminatnya yang dilihat menjaga adab dan tidak menjadikan insiden itu sebagai bahan ejekan.
“Dalam satu sudut pandangan memang baguslah peminat saya ni. Dia menjaga adab supaya saya tidak menjadi bahan gelap.

Siti anggap perkara yang berlaku sebagai menceriakan suasana.
“Tapi dalam masa yang sama, spontan. Bukan kita sengaja nak buat pun,” jelasnya.
Sebelum ini, tular video Datuk K terkentut sehingga membuatkan Siti ketawa ketika membuat siaran langsung menjual produk gincu.
Rata-rata netizen terhibur dengan insiden itu sehingga ada yang merakam dan memuat naik kembali di media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


