suria

Sweet Qismina persoal individu suka caci guna akaun palsu… “Puas hati sebab yakin orang tidak akan kenal?”

Sweet kurang senang membaca komen tidak elok di media sosial.

PELAKON Sweet Qismina mempersoalkan tindakan sesetengah pihak di media sosial yang gemar memberi komen tidak elok kepada orang lain. 

Lebih teruk, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, individu seperti itu hanya berselindung di sebalik identiti palsu.

“Saya tertanya-tanya. Apa motif orang yang suka komen bukan-bukan tetapi gambar profil, following dan follower kosong? Puas hati ke boleh komen macam-macam sebab yakin orang tidak akan kenal?

Perkongsian Sweet di Threads. 

“Pernah ada trauma, kena buli atau rasa tersisih ke?” tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

Sweet bagaimanapun memberitahu perkongsian itu bukanlah bertujuan untuk menyindir pihak tertentu.

Sweet bagaimanapun sekadar berkongsi pendapat tentang pengguna media sosial yang mudah bercakap buruk di platform berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun pujuk, Sweet Qismina akhirnya beri ‘green light’… Sokong minat Adam Lee sertai pertandingan Muay Thai 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ini trofi dan watak besar pertama saya” - Sweet Qismina

Pelakon itu pada masa sama berkongsi nasihat agar orang ramai dapat memberi teguran secara elok dan bukannya menjadikan media sosial sebagai medium meluahkan kebencian.

“Cuma terfikir, tertanya dan nak tahu apa niat buat macam itu sebab ada beza memberi pendapat dan melemparkan kata-kata cacian.

“Tak boleh ke jika salah ditegur elok-elok dan orang yang salah itu pun terimalah dengan hati terbuka,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain