JENAZAH ibu kepada penyanyi Ziana dan Anuar Zain iaitu Allahyarham Robiah Abdul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 11 pagi Khamis.
Proses pengebumian arwah berlangsung dengan tenang dan disaksikan ahli keluarga terdekat serta beberapa kenalan rapat.
Anuar dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menitiskan air mata sewaktu kali terakhir menatap wajah ibunya sebelum dikebumikan.

Anuar tidak dapat menahan air mata sebelum jenazah ibu dikebumikan.
“Allahuakbar, selamat jalan mak, bahagia di sana,” katanya dengan nada sebak.
Ziana juga kelihatan sugul dan bersedih atas pemergian insan tersayang.
Kira-kira 150 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta sahabat terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Malah, kehadiran sekumpulan pelajar tahfiz yang membacakan doa dan tahlil turut menambah suasana hiba sepanjang majlis pengebumian tersebut.
Untuk rekod, Allahyarham Robiah Abdul menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.42 malam Rabu di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor pada usia 74 tahun akibat kanser hati.
Kehilangan itu pastinya memberi kesan besar buat Ziana dan Anuar, apatah lagi ia berlaku dalam tempoh singkat selepas pemergian bapa mereka, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, yang meninggal dunia pada 26 Ogos lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


