BAGI sebahagian besar rakyat Malaysia, peralihan kepada kenderaan elektrifikasi masih dianggap mengelirukan, apatah lagi dengan pelbagai istilah seperti EV, hibrid dan plug-in hibrid yang semakin kerap diperkatakan.
Situasi itu membuatkan ramai pemilik kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) ragu-ragu untuk membuat perubahan, terutamanya dari segi kemudahan penggunaan dan kos penyelenggaraan.
Menyedari kekeliruan berkenaan, Toyota tampil membantu pengguna memahami teknologi elektrifikasi dengan pendekatan lebih mudah dan praktikal.
Berbeza dengan EV yang perlu dicas sepenuhnya menggunakan elektrik dan plug-in hibrid yang masih memerlukan pengecasan luaran, Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) tidak memerlukan sebarang pengecasan manual.
Pengguna dilihat beralih kepada Toyota Hybrid sebagai langkah pertama ke arah mobiliti masa depan.
Sebaliknya, bateri kenderaan hibrid Toyota dicas secara automatik ketika pemanduan, sekali gus membolehkan pengguna menikmati teknologi elektrifikasi tanpa perlu mengubah rutin harian.
Antara model Toyota Hybrid yang popular di pasaran termasuk Corolla Cross Hybrid, Camry Hybrid dan Innova Zenix Hybrid yang menawarkan keselesaan serta kecekapan bahan api tanpa sebarang kerumitan.
Mitos dan fakta kereta hibrid
Masih ramai beranggapan kenderaan hibrid kurang berkuasa dan mahal untuk diselenggara. Namun, dakwaan itu disangkal Toyota menerusi teknologi kuasa dwi yang memberikan pemanduan lebih lancar dan responsif berbanding kenderaan ICE konvensional.
Selain itu, Toyota menegaskan kos penyelenggaraan kenderaan hibrid kekal berpatutan berikutan komponen yang direka tahan lama selaras dengan prinsip Kualiti, Ketahanan dan Kebolehpercayaan (QDR).
Toyota menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mementingkan ketenangan fikiran, nilai jangka panjang dan kualiti dipercayai.
Malah, penjimatan bahan api bukan sahaja dapat dirasai ketika pemanduan di bandar, tetapi juga di lebuh raya, termasuk bagi kenderaan bersaiz besar seperti Innova Zenix Hybrid.
Pilihan ideal untuk beralih ke elektrifikasi
Toyota Hybrid dilihat sebagai pilihan terbaik bagi pengguna yang ingin merasai teknologi elektrifikasi tanpa perlu bergantung kepada kemudahan pengecasan.
Gabungan enjin petrol dan motor elektrik membolehkan pemanduan lebih senyap, cekap serta berkuasa, sekali gus sesuai untuk perjalanan harian, jarak jauh dan pulang ke kampung.
Dengan pengalaman puluhan tahun dalam teknologi hibrid, Toyota terus menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mementingkan ketenangan fikiran, nilai jangka panjang dan kualiti dipercayai.
Seiring peningkatan kesedaran terhadap teknologi hijau, semakin ramai pengguna dilihat beralih kepada Toyota Hybrid sebagai langkah pertama ke arah mobiliti masa depan.
Orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran Toyota berhampiran untuk pandu uji atau melayari toyota.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.


