suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siap sedia dikenakan bayaran jika ambil atau turunkan penumpang di Terminal 1 KLIA

Sebuah kereta dikenakan caj RM100 kerana berada di kawasan terminal lebih setengah jam. -Gambar media sosial.

DENDA maksimum hingga RM100 akan dikenakan kepada pemandu yang mengambil atau menurunkan penumpang di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melebihi tempoh 10 minit.

Menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video], seorang pengguna merakam kejadian sebuah Proton Iriz dikenakan caj RM100 di laluan keluar selepas berada di kawasan itu selama 33 minit. 

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang menyokong langkah yang diambil pengurusan KLIA kerana cara tersebut dilihat dapat mengurangkan masalah kesesakan trafik.

"Elok la buat begini. Buat semak je kat balai ketibaan jadi lot parkir. Kita nak ambil orang pun susah sebelum ni.

"Semenjak sistem ni ada terminal tak sesak dengan pemandu 'sampah' yang buat jalan jadi sesak," antara komen netizen.

Mulai 1 Disember caj penalti bermula dari RM10 sehingga RM100 maksimum dikenakan di Terminal 1. Mulai 1 Disember caj penalti bermula dari RM10 sehingga RM100 maksimum dikenakan di Terminal 1. 

Sementara itu, semakan di Facebook KL International Airport mendapati caj penalti bermula dari RM10 sehingga RM100 maksimum, dengan 10 minit yang pertama adalah percuma di bawah Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS).

VAMS bertujuan menambah baik aliran trafik di kawasan tepi jalan serta menyediakan akses lebih lancar di terminal tersebut bermula 1 Disember lalu.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan berkata, VAMS memberikan caj percuma untuk pengguna kenderaan menghantar atau mengambil penumpang untuk tempoh kurang 10 minit, tetapi caj penalti dikenakan untuk minit berikutnya.

Bagi tempoh 10.01 minit hingga 15 minit, caj penalti adalah sebanyak RM10, 15.01 minit hingga 20 minit (RM30), 20.01 minit hingga 25 minit (RM60), 25.01 minit hingga 30 minit (RM100).

Artikel Lain