suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita setahun ‘menetap’ di KLIA sah ada masalah mental, dihantar ke Hospital Kajang

Tangkap layar video memaparkan wanita (berbaju biru) yang didakwa 'menetap' di KLIA Terminal 1 selama setahun.

WANITA yang tular kerana dikatakan 'menetap' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama setahun, disahkan mengalami masalah kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata wanita itu, yang merupakan warga tempatan, telah ditahan pada 18 Disember lalu.

"Semakan mendapati wanita itu merupakan pemegang kad masalah kesihatan mental dan tindakan yang perlu telah diambil dengan menghantarnya ke Hospital Kajang," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau menambah, walau bagaimanapun punca sebenar keberadaan wanita tersebut di KLIA belum dapat dipastikan. 

Terdahulu, tular rakaman memaparkan seorang wanita berada di kawasan Terminal 1 dengan 'dikelilingi' bagasi yang diletakkan di atas troli milik lapangan terbang. 

Wanita itu didakwa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan awam di lapangan terbang seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan.

Artikel Lain